Tuesday, August 25, 2009

Semakin baik

Ermm...dah lama tak catatkan sesuatu dalam blog aku ni. Sibuk dan tak banyak cerita sebenarnya. Hubungan aku ngan Comot kebelakangan ni dah makin stabil. Dia tak ungkit lagi soal hubungan kami.

Terus terang... memang begitulah hubungan kami. Comot akan jadi mendesak bila sesuatu berlaku atas diri dia. Dia memang sangat tidak boleh berhadapan dengan tekanan...aku jugak akan jadi mangsa tekanan itu.

Sekarang ni perjalanan hidup dia makin lancar yang bermaksud hubungan kami pun begitu juga malah aku rasakan semakin erat.

Aku tak tahu nak cerita apa sebenarnya. Yang aku tahu aku tak boleh lepaskan dia....buat masa sekarang aku tak terfikir lagi ke arah itu. Kami ada tempoh setahun sahaja lagi untuk bersama sebelum kami bawa haluan masing-masing. Untuk sementara ini, biarkan aku dengan dunia aku ni.

Thursday, June 11, 2009

Discuss

Arini kami berdicuss panjang. Comot minta aku reducekan rs syg aku pada dia. Katanya dia nak bertunang awal tahun 2011. Aku minta pada dia bagi diri dia stabil dulu lepas tu baru aku lupakan dia...terus dari hidup aku.

Entah....aku rasa dia pentingkan diri sendiri. Ye lar dia kan baru dapat kerja. Dah ble kira stabil. Aku x heran kalau dia minta aku lupakan dia. Kan aku ni tempat dia bergantung saje. Dia tau aku x akan sampai hati tolak permintaan dia. Sayang aku pada dia menggunung.

Tak logik langsung suruh aku anggap dia sebagai kawan....konon macam zaman kami sekolah dulu. Dia tahu dan dia sedar hubungan kami lebih dari tu. Dah lar hari2 aku duk jumpa kat umah, satu bilik lak tu. Camner aku nak reducekan sakit jiwa aku ni! Kalau dia di tempat aku baru dia tau.

Bodoh betul aku ni! Dah tau orang gunakan diri pun masih gak nak sayang setengah mampus! Kalau lah aku ada kuasa magis yang ble buatkan aku lupakan dia. Aku tentu dah buat!

Susahnya hati aku...huhuhuhuhuuuuuu..

Thursday, June 4, 2009

Diari 1

Mlm tadi aku masuk tdo lebih awal dari biasa. Mungkin sebab penat, mungkin jugak sebab aku takut....hehhehee...kan malam tadi mlm Jumaat.

Tgh mlm aku baru aku sedar. Comot x ada sebelah aku rupanya. Tgk jam di hp menunjukkan pukul 0045. Malas aku nak fikir. Entah....dia selalu buat aku keliru dengan tingkahnya. Mlm ni buat hal lagi, tdo kat ruang tamu lar tu. Aku tak tahu apa yang bermain dalam fikiran dia. Kalau ikut hati aku, memang terasa. Tapi mcm aku ckp tadi, malas nak fikir. Aku tau klu fikir sgt mood aku akan terganggu nak ke ofis esok. Sudahnya aku sambung tdo.

Sukar sikit nak sambung tdo bila dah terjaga mcmni. Aku pujuk hati sendiri, biarlah....aku kan dah sedar, aku dalam hati dia bukan sesiapa. Bukan baru mlm ni, dah lama sebenarnya aku sedar. Aku je yg syg dia terlebih. Hati dia aku tak tahu. Sabar punya sabar aku terlelap.

Pagi ni terjaga dah 6.50. Bgun, solat pastu sambung lagi tdo. Fuuhh...sedap gak tdo sengsorang. Lagi selesa. Tepat 7.35 aku sedar Comot ada kat sebelah aku, trus aku bersiap nak gi ofis. Betul tindakan aku semalam. Dengan tidak mengambil berat sgt apa yg Comot nak buat, membuatkan mood aku pagi ni benar2 baik!

Tahniah utk diri aku sendiri!

Tuesday, April 7, 2009

Senyum..

Kalaulah senyumku ini memerlukan sebab?
Aku pasti terukirnya kerna usikanmu.

Kalaulah rs bahagia ini memerlukan sebab?
Aku pasti ia hadir bersama dirimu.

Erm…aku takut memikirkan masa akan datang…sebenarnya tidak mahu memikirkannya.

Andai di masa2 akan datang cerita tentang kita tak akan terujud lagi….berpuas hati lah dengan apa yang telah kita lalui kini.

Kerana antara kita tidak ada cinta yang wujud. Cuma rasa bahagia yang dikongsi bersama!

Dia...

Dia dalam hati aku sgt bermakna. Kami bersekolah di sekolah yang sama. Aku dan dia berkongsi banyak persamaan...mungkin itu yang membuatkan kami serasi bersama. Aku sayang dia...sangat2 sayang sebenarnya...rasa itu walaupun cuba kami hindari ia tetap wujud dalam hati kami...berbunga dan berkembang....indah sekali. Hingga ke hari ini hubungan kami masih utuh!

Kalau rasa ini boleh diluahkan aku ingin dia tahu. Aku ini menyintai dia. Hanya kerana kami menyedari hakikat cinta ini tidak akan kemana....maka segalanya dipendam....dari diluahkan amat menyakitkan hati!

Thursday, April 2, 2009

Cinta ini membunuhku...

Setiap detik...
Rasa cinta ini menghantuiku...
Memburuku...
Membuat aku gelisah...
Pergilah...
Aku lelah!!

Susah hati...

Blog ini terwujud kerana susahnya hati aku....

Berkongsi rasa itu tanpa mengenali lebih mudah rasanya!