Tuesday, August 25, 2009

Semakin baik

Ermm...dah lama tak catatkan sesuatu dalam blog aku ni. Sibuk dan tak banyak cerita sebenarnya. Hubungan aku ngan Comot kebelakangan ni dah makin stabil. Dia tak ungkit lagi soal hubungan kami.

Terus terang... memang begitulah hubungan kami. Comot akan jadi mendesak bila sesuatu berlaku atas diri dia. Dia memang sangat tidak boleh berhadapan dengan tekanan...aku jugak akan jadi mangsa tekanan itu.

Sekarang ni perjalanan hidup dia makin lancar yang bermaksud hubungan kami pun begitu juga malah aku rasakan semakin erat.

Aku tak tahu nak cerita apa sebenarnya. Yang aku tahu aku tak boleh lepaskan dia....buat masa sekarang aku tak terfikir lagi ke arah itu. Kami ada tempoh setahun sahaja lagi untuk bersama sebelum kami bawa haluan masing-masing. Untuk sementara ini, biarkan aku dengan dunia aku ni.

No comments:

Post a Comment